Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jawatankuasa Khas Kaji Pemulihan dan Pemuliharaan Warisan

By 20 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji rumusan Bengkel Konservasi: Pemulihan dan Pemuliharaan Warisan KETARA, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali.

Beliau berkata segala perbincangan semasa bengkel tersebut akan diperhalusi dan kajian terperinci akan dilakukan sebelum dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka, Akramuddin Ab Aziz.

Bengkel anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di sini baru-baru ini telah menghimpunkan seramai 140 orang peserta daripada pelbagai syarikat dan individu yang terlibat secara langsung di dalam pelaksanaan kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda