Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelancong Asing Meriahkan Ramah Mesra Aidilfitri Langkawi Geopark 2022

By 20 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Pelancong asing turut memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Langkawi Geopark 2022 anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Kelab Sukan Dan Kebajikan LADA (KSKL), di sini semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Muttalib pihaknya turut menjemput pelancong-pelancong dari luar negara yang berada di Langkawi untuk bersama-sama memeriahkan majlis.

“Majlis seperti memberi peluang kepada pelancong-pelancong asing untuk menikmati dan merasai bagaimana meriahnya sambutan Aidilfitri di Langkawi. Inilah budaya dan cara hidup rakyat Malaysia ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri,”katanya.

Salah seorang pelancong luar negara Abdul Aziz Omar, 46, dari Amerika Syarikat berkata beliau sangat teruja kerana dapat hadir bersama meraikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Dato Juhari Bulat dan Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Haji Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda