Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kesihatan Tunjang Utama Hari Ibu 2022 #KeluargaMalaysia

By 23 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

KUALA PERLIS, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Sempena Hari Ibu 2022 pada tahun ini penekanan terhadap kepentingan pra penjagaan kesihatan kepada ibu akan diberi keutamaan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Perlis Siti Berenee Yahaya berkata, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perlis akan akan melaksanakan Kempen WCaRe buat ibu-ibu di Perlis.

“WCaRe di negeri Perlis akan melaksanakan program subsidi ujian mamogram kepada 100 orang, perkhidmatan saringan kanser serviks (ujian HPV DNA) untuk 200 orang, perkhidmatan saringan kesejahteraan  bagi ibu dan seisi keluarga untuk seramai 200 orang dan forum khas bertujuan menghargai pengorbanan ibu,” katanya.

WCaRe di Perlis telah berlangsung di Dataran Semarak Kampung Seberang Ramai @ Kampung, Pelangi Kuala Perlis secara hybrid, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda