Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

93 Tahun Masih Bekerja Kerana Sudah Terbiasa

By 23 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Mei (Malaysiaaktif) –  Meskipun berada dalam kategori warga emas Pramu Yatim, 93, yang lebih mesra dipanggil Pak Pramu tetap gigih bekerja kerana telah terbiasa sejak muda.

Menurut Pak Pramu dia lebih selesa berada di restoran milik anak buahnya dan membantu memotong daging meski kerap kali dinasihat untuk berehat di rumah.

“Saya sudah terbiasa bekerja sejak muda, rasa bosan bila rehat di rumah tanpa membuat apa-apa,” kongsinya ketika ditemui di Restoran Happy Muslim II, Asia City, di sini baru-baru ini.

“Kebiasaannya 10 kg daging perlu dipotong dalam sehari untuk menu popular restoran itu seperti soto, rojak, dan bakso,” katanya.

Ditanya mengenai amalan pemakanannya, beliau berkongsi bahawa dia hanya mengamalkan gaya pemakanan sihat dalam menjaga kesihatan serta kekal cergas untuk usianya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda