Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Undang Luak Sungai Ujong Harap Galeri Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Dimanfaatkan

By 21 Mei 2022Mei 23rd, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Bin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Galeri Kehakiman Syariah Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak Undang Luak Sungei Ujong di Kompleks Kehakiman Syariah, di sini semalam.

Dalam Sabda Perasmian YTM Dato’ Undang Luak Sungai Ujong, beliau berharap agar masyarakat di Negeri Sembilan khususnya memanfaatkan galeri ini sebagai pusat rujukan mengenai sejarah institusi Kehakiman Syariah di Negeri Sembilan.

Beliau menyeru agar usaha inovasi dalam perekodan dan pemuliharaan dokumen ini dapat dipertingkatkan selari dengan dasar pendigitalan kerajaan.

Selain itu, YTM Dato’ Undang Luak Sungei Ujong turut mengingatkan bahawa khazanah berkaitan sejarah perundangan dan kehakiman Islam ini hendaklah dijaga dan dipelihara dengan rapi daripada diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.

Turut hadir Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda