Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pelan Tindakan Jangka Pendek dan Panjang Atasi Banjir di Johol – KSU KASA

By 21 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Azrul Anuar Kamaruzzaman (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang  ke kawasan terjejas banjir memberi sinar kepada warga mukim Johol.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memperuntukan RM155 juta bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jelai untuk mengatasi masalah banjir di sekitar kawasan Johol.

Selain dari pelan jangka panjang pelan RBT tersebut di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) sebagai tindakan jangka pendek, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM173,545 bagi program pemuliharaan Sungai Batang Jelai untuk mengurangkan risiko banjir di Kampung Kabong, Johol yang bermula 17 Mei lalu.

“Sungai Batang Jelai adalah hulu Sungai Muar, justeru kita perlu pastikan kawasan ini tidak mengalami masalah banjir dan juga banjir lumpur,” katanya selepas melawat lokasi banjir di Kampung Kabong, Inas Johol, di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah Tuan Mohd Faizal Abd Manap, Ahli Dewan Undangan Negeri Johol YB Tuan Haji Saiful Yazan Sulaiman, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Pilah  Tuan Zamri Ali dan para pemimpin setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda