Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Malaysia Sport League Serlah Potensi Belia

By 23 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Firdaus Hassan (Pahang)

LIPIS, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Malaysia Sport League (MSL) membuka ruang kepada lebih ramai belia menyerlahkan potensi mereka dalam acara sukan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad berkata penganjuran MSL ini dapat mencungkil dan menyerlahkan potensi serta bakat dalam kalangan belia di daerah ini.

“Saya memberikan sokongan penuh kepada para peserta dan selepas ini akan ada pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan dan jika Lipis ditakdirkan menang kita akan membawa obor perjuangan mewakili negeri Pahang,” katanya di sini baru-baru ini.

MSL merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negara dijalankan di semua daerah di seluruh negara dengan pelbagai acara sukan dipertandingkan seperti futsal, bola keranjang, bola jaring, badminton dan sepak takraw.

-ZS-

Tinggalkan komen anda