Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Teknik Menjaga Kualiti Raja Buah

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah/Salawati Mat Shariff (Pulau Pinang)

BALIK PULAU, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Musim durian yang sentiasa dinantikan saban tahun menyaksikan pelbagai gelagat pengusaha raja buah menjaga kualiti dan melariskan jualan.

Pemilik Dusun Durian Kampung Sungai Pinang, James Wong, 55, yang mengusahakan dusun tersebut hampir tiga generasi keluarganya berkata, buah durian yang sudah matang akan jatuh sendiri.

“Bagi memastikan kualiti buah durian berada dalam keadaan terbaik, kami telah mengambil langkah tertentu agar buah tidak akan jatuh terus ke tanah.

“Kira-kira sebulan sebelum buah matang, pohon durian dipanjat dan tangkai atau buah durian akan diikat dengan tali plastik yang berkualiti,” katanya.

Menurutnya, tujuan tangkai atau buah tersebut diikat adalah kerana buah yang gugur dari dahan akan tetap tergantung pada tali sehingga buah durian tersebut dapat diambil dalam keadaan baik.

“Selain teknik pengikatan, teknik memasang jaring juga adalah antara teknik yang sering digunakan oleh pemilik dusun durian,” katanya yang kini memiliki hampir 80 pokok durian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda