Laporan/foto: Hazlinah Samsir (Sabah)
KOTA KINABALU, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Regatta Lepa secara julung kalinya diadakan di Kota Kinabalu setelah dua tahun sambutannya terjejas ekoran pandemik Covid-19.
Pesta yang tradisi kumpulan etnik Bajau di pesisir Pantai Timur Sabah merupakan acara tahunan yang biasanya diadakan di daerah Semporna.
Malam kemuncak atau lebih dikenali sebagai ‘Sangom Mag Lami-Lami’ bakal berlangsung 28 Mei ini dan bakal diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Padang Bandaran Kota Kinabalu, bermula pukul 8.00 malam ini.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan budaya sama-sama memeriahkan lagi sambutan serta mengunjungi gerai-gerai jualan dan pameran yang terdapat di sana.
-ZS-