Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KBS Perlu Memperkukuhkan dan Memperkasa Belia Berteraskan IR4.0

By 27 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Haimi Harris (Pahang)

PEKAN, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang merupakan tunjang kepada pembangunan belia Malaysia perlu memperkukuhkan dan memperkasa golongan belia dengan pendedahan melibatkan Pendigitalan dan Inovasi berteraskan IR4.0 .

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata, KBS juga perlu memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pihak industri dalam memastikan latihan TVET yang disediakan kepada para belia Malaysia memenuhi keperluan industri.

“Pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM4.8 billion bagi menyediakan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan melalui inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia,” kata beliau di Majlis Perasmian ILKSB Career Fest Zon Timur 2022, di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda