Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sambutan Rumah Terbuka DUN Seberang Takir Luar Jangkaan

By 18 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir mendapat sambutan yang luar biasa sepanjang majlis diadakan di sini baru-baru ini.

Ribuan jemputan dan pengunjung daripada pelbagai latar belakang hadir meraikan Aidilfitri pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tersebut.

Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata sambutan kali ini begitu meriah dan pengunjung yang datang begitu luar biasa ramainya.

“Pelbagai juadah istimewa disediakan pada kali ini seperti kambing golek, roti john, ketupat, nasi minyak, sate, tapai dan sebagainya.

“Bukan itu sahaja sepanjang majlis berlangsung diserikan dengan persembahan sembang santai oleh anak-anak kecil serta interaksi bersama para pengunjung,” katanya ketika ditemui selepas beramah mesra dengan para tetamu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda