Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tiga Keluarga Teruja Terima Kediaman Baharu PPTS

By 18 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Tiga keluarga teruja menyambut Aidilfitri pada tahun ini setelah menerima kunci rumah baru melalui Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS), Negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim mengucapkan tahniah kepada ketua keluarga yang menerima kunci rumah-rumah tersebut, di sini baru-baru ini.

“Mereka telah menerima kunci kediaman lebih awal dan sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan rumah baharu.

“Tepoh yang mempunyai keluasan tanah yang luas dan jumlah penduduk yang ramai menyebabkan peruntukan Bajet PPTS ini sedikit berbeza dengan tempat lain.

“Fokus utama adalah memberikan keutamaan kerja-kerja membaik pulih rumah berbanding memberi peruntukan pembinaan kediaman baharu.

Ketiga-tiga keluarga yang menerima bantuan kediaman tersebut adalah dari Kampung Tok Jiring, Kampung Gong Pak Jin dan Kampung Padang Nenas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda