Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Radio Amatur Bukan Sekadar Hobi di Cameron Highlands

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Intan Saziana/Muhammad Hariz (Pahang)

CAMERON HIGHLANDS, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Bukan sekadar hobi, namun Radio Amatur menjadi salah satu keperluan penting untuk berkomunikasi apabila berlakunya bencana di daerah ini dan dapat membantu agensi-agensi Pengurusan Bencana Daerah menjalankan kerja-kerja menyelamat dalam memberikan maklumat tepat terutamanya berkaitan mencari dan menyelamat (SAR).

Sebagai contoh kumpulan Radio Amatur membantu menyalurkan maklumat tepat semasa SAR dalam kejadian kepala air di Sungai Ubi yang meragut nyawa seorang wanita Orang Asli pada Mac lalu.

“Kami membantu dari segi komunikasi kerana kelengkapan set radio amatur yang digunakan dan  frekuensi yang tertentu dapat memudahkan tugasan keselamatan di sekitar lokasi tersebut,” ujar Pengerusi Radio Amatur, Mohd Khairul Zaifar Razik.

Selain itu Radio Amatur turut membantu komuniti setempat dengan mengutamakan jiran yang berdekatan dalam pasca banjir serta bekerjasama bersama agensi keselamatan di daerah selain daripada Cameron Highlands.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda