Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Warga Kampung Sungai Bedaun Bersyukur Terima Kit Pertanian

By 17 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JPKK Sungai Bedaun

LABUAN, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang penduduk Kampung Sungai Bedaun melahirkan kesyukuran menerima kit pertanian daripada Jabatan Pertanian Labuan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Bedaun, Rosmani Puteh, bantuan kit pertanian itu amat dihargai warga kampung yang menerimanya.

“Alhamdulillah atas bantuan pasu, baja, biji benih dari Jabatan Pertanian dan tahniah kepada  warga kampung yang terpilih menerima bantuan ini, semoga adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan membeli sayuran.

“JPKK Sungai Bedaun mengucapkan ribuan terima Kasih atas sumbangan Jabatan Pertanian Labuan dan semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya,” katanya semasa ditemui pada majlis penyerahan bantuan itu di Dewan Komuniti kampung itu semalam.

Menurut Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Labuan Rody Sibawon bantuan itu bertujuan mewujudkan aktiviti pertanian komuniti untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan sosio ekonomi, memastikan pengeluaran makanan yang mencukupi selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda