
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis perasmian Sambutan 100 Tahun Hari Koperasi Peringkat Negeri Johor telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Yang Berhormat Mohd Hairi Mad Shah, di Plaza Angsana Johor Bahru Mall, di sini semalam.
“Tujuan utama sambutan ini diadakan adalah untuk mempromosikan produk koperasi dan mengiktiraf sumbangan koperasi selama 100 tahun dalam pembangunan ekonomi negara secara amnya” ujarnya lagi
Sementara itu, Hairi juga turut menyampaikan 10 Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor membabitkan pelbagai sektor yang diceburi dengan Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad yang dinobat sebagai Koperasi Terbaik Negeri Johor.
Hadir sama, Datuk Kamaruzzaman Johari, Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tuan Haji Rusli Jaafar, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dato Jefridin Atan, Pengerusi Majlis Koperasi Negeri Johor dan Tuan Haji Fadillah Salim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor.
-ZS-