Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)
PASIR MAS, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Aktiviti gotong-royong membersihkan kubur, dapat memberi keinsafan serta rasa tanggungjawab terhadap orang yang telah meninggal.
Program membersihkan tanah Perkuburan Islam Kampung Buloh Melintang, Kangkong, Pasir Mas telah diadakan hari ini.
Menurut Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kangkong, Abdul Azizi Tahir, 66, program ini amat baik, hampir seluruh warga Mukim Kangkong dari 5 buah kampung hadir menyertai aktiviti ini.
Sementara itu, Pengerusi KRT Kangkong, Zainuddin Othman, 66, berpendapat program ini wajar dilaksanakan bagi menyatupadukan dan mengeratkan silaturahim penduduk sekitar.
“Aktiviti begini melahirkan masyarakat prihatin serta berkomitmen dalam meningkatkan nilai kebersihan, keindahan dan kecerian di tanah perkuburan,” tambah Zainuddin.
Program dihadiri oleh Pemimpin Komuniti setempat dan masyarakat kampung sekitar dalam Mukim Kangkong.
-ZS-