Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

300 Penjaja Harian di Bentong Terima Bantuan Prihatin Pahang 2022

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Izarina KMI/Muhd Syafiq Irman (Pahang)

BENTONG, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 300 penjaja harian di daerah ini menerima Bantuan Prihatin Pahang 2022 yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Wan Rosdy bantuan ini adalah sebagai tanda ingatan ikhlas daripada kerajaan negeri kepada penjaja harian dan ini merupakan usaha yang berterusan oleh kerajaan negeri sejak pandemik COVID-19 hingga kini.

“Ini adalah bantuan bersasar yang kita edarkan kepada yang layak dan kali ini kita serahkan bantuan kepada penjaja harian di daerah Bentong,” katanya di sini semalam.

Pemberian RM200 secara sekali beri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta oleh Kerajaan Negeri Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda