Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Capaian Internet Luar Bandar Terus Ditingkatkan

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani (Semporna)

SEMPORNA, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Ahli Lembaga Pengarah Institute For Development Studies Sabah Muhammad Suffian Panglima Hindi berkata kerajaan akan terus meningkatkan capaian internet luar bandar menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“JENDELA merupakan inisiatif menambah baik liputan jalur lebar dalam usaha mendekatkan jurang digital luar bandar.

“Dalam usaha ini, kita mencadangkan agar menara komunikasi diperbanyakkan, namun berhadapan beberapa kekangan seperti isu tapak dan bantahan daripada penduduk yang menganggap menara ini memberi kesan radiasi kepada mereka,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bum-Bum, di sini pada Isnin.

Suffian memberi kenyataan itu bagi menjawab soalan yang diajukan dalam sesi soal jawab oleh Abdullah Karim, 45, iaitu pesara guru yang bertanya mengenai capaian internet di pulau tersebut serta sekiranya cybercafe menjadi salah satu ikhtiar dalam memberikan kemudahan internet buat penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda