
Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan B. Awang (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Peluang mendaftar dan menambah caruman bagi akaun i-Suri Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dipermudahkan lagi melalui Program Pendaftaran dan Caruman I-SURI yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui KWSP.
Seramai 539 suri rumah hadir ke Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini semalam bagi membuat pendaftaran dan semakan akaun i-Suri masing-masing.
Menurut Jaridah Muhammad, 46, dari Kampung Kuala Kejir, Kuala Berang inisiatif pihak KWSP membuka kaunter untuk mendaftar dan mencarum memudahkan saya dan pencarum lain.
“Terutamanya suri rumah, mereka tidak perlu ke KWSP di Kuala Terengganu bagi membuka dan memeriksa akaun masing-masing.
Saya berharap pihak KWSP mengadakan program sebegini secara berkala bagi memastikan semua hasrat kerajaan membantu rakyat tercapai,” katanya.
-ZS-