Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Belia Labuan Perlu Ambil Peluang Tingkatkan Ilmu Pengetahuan

By 27 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Para belia di wilayah ini disaran untuk mengambil pelbagai peluang yang disediakan kerajaan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing.

Menurut Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias para belia perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan minat atau potensi diri untuk menghadapi dunia yang kian mencabar.

“Para belia boleh merujuk kepada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Belia dan Sukan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan agensi lain yang ada menyediakan sebarang kursus yang diminati agar boleh membantu para belia meningkatkan ilmu serta kemahiran yang ada.

“Potensi yang ada pada belia perlu dicungkil serta diasah bagi menjadi bekalan para belia meneruskan kehidupan terutamanya semasa pasca pandemik COVID-19 yang mana banyak sektor ekonomi yang menjejaskan peluang pekerjaan mahupun perniagaan,”jelasnya semasa merasmikan Program Cambah Minda, Jabatan Penerangan Labuan, di sini semalam.

Tambahnya, para belia yang sudah mempunyai pekerjaan juga digalakkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk memajukan diri sendiri serta kerjaya di masa hadapan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda