Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Musang King Berasal dari Tanah Merah

By 7 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kelantan)

TANAH MERAH, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Durian adalah raja buah yang menjadi kesukaan ramai malah penggemarnya sanggup membeli walaupun harganya mahal.

Tetapi ramai tidak tahu durian Musang King berasal dari Daerah Tanah Merah, Kelantan sebelum benihnya diambil dan ditanam di tempat-tempat lain.

Durian Musang King atau durian Raja Kunyit D197 ditanam dan dijaga rapi supaya mendatangkan hasil buah yang berkualiti tinggi.

Seorang peniaga durian Mohd Castello Ayob, 60, dari Kampung Jelatok, di sini berkata buah durian yang menjadi pilihan masa kini  adalah durian Musang King kerana isinya pejal, enak dan kuning keemasan ibarat kucing tidur.

“Tanah Merah adalah tempat asal Durian Raja Kunyit D197 atau Musang King, sebab itu dibina replikanya di sini,” katanya.

“Namun sekarang durian ini sudah banyak ditanam di tempat-tempat lain seperti Pahang, Perak dan Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda