Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Guru Penggerak Utama Masyarakat Sayangi Alam Semula Jadi

By 3 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengadakan Program Kelestarian Biodiversiti dan Wacana Ilmu 2022 yang melibatkan 100 pengetua dan guru-guru di Perlis memberi impak yang baik kepada masyarakat untuk memupuk semangat cintakan alam semulajadi.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau dan Kesihatan Tuan Teh Chai Aan, melestarikan alam perlu dipupuk dalam jiwa masyarakat terutama di peringkat sekolah.

“Program seperti ini merupakan satu usaha untuk memupuk semangat sayangi alam semulajadi. Program yang mengkhususkan guru untuk menjadi penggerak utama bagi membimbing pelajar di peringkat sekolah menengah adalah satu pendekatan yang dilihat sangat baik,” ujar beliau di majlis perasmian program yang  bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis (SSTP), di sini pada pagi semalam.

Perlis telah berjaya menanam 308,841 anak pokok melalui kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda