Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Ibu Bapa Pembakar Semangat Pelajar Cemerlang SPM 2021

By 16 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Hasrat untuk membanggakan ibu bapa menjadi pembakar semangat untuk berusaha keras mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Evania Liew Hui Chen, pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai, merasa gembira dapat membuatkan ibubapanya bangga apabila berjaya mencapai keputusan 9A+.

“Ibubapa menjadi pembakar semangat saya untuk berusaha keras dan mencapai keputusan ini, saya ingin pastikan orang lain tidak memandang rendah kepada diri kita,” katanya ir mata kesyukuran pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2021, Jabatan Pendidikan Labuan, pagi tadi di sini.

Seorang lagi pelajar cemerlang Howard Hii Dai Jie, 18, pelajar SMK Labuan berkata beliau tidak menjangka boleh mendapat 10A+ dan berharap dapat melanjutkan pengajian di United Kingdom seperti ayahnya.

“Guru selalu menasihatkan saya untuk sentiasa membuat perancangan dan selalu bertanya jika tidak memahami apa yang diajar oleh guru,” kongsinya.

Seramai 21 orang calon SPM 2021 di Labuan mendapat sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran berbanding 20 orang calon pada tahun 2020.

-ZS-

Tinggalkan komen anda