Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rezeki Halal Penting untuk Membina ‘Baiti Janati’

By 17 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Md Zin (Bachok)

BACHOK, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Kekuatan akidah dan menyara keluarga dengan rezeki halal adalah penting untuk membina ‘Baiti Janati’.

Menurut Ustaz Baharin Yusoff dalam Forum Bual Bicara sempena Program Jerayawara dan Jelajah Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan, pengisian konsep ‘Baiti Janati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ dalam kehidupan berumah tangga bukanlah suatu perkara mudah.

“Bermula dari pemilihan calon hinggalah ke beranak pinak setiap keluarga perlu menerapkan nilai-nilai Islam.

“Membentuk akidah dan menyara keluarga dengan rezeki halal adalah tuntutan dan amanah,” tambahnya.

Program yang bertujuan menerapkan penjagaan kesihatan dan masyarakat bebas dadah turut diisi dengan pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan YB Tuan Helmi Abdullah.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri Jelawat Cikgu Aziz Abdul Kadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda