Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Payau Farm Pusat Tarikan Baharu Ranau

By 16 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir (Sabah)

RANAU, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Payau Farm kini menjadi tarikan baharu daerah Ranau yang terkenal dengan Desa Dairy Farm dan Gunung Kinabalu.

Pengurusnya Arron Chan Yi Meng, 24, berkata Payau Farm bermula dengan 11 ekor Rusa Timorensis yang dibeli daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah pada September 2020.

“Sekarang kami ada 21 ekor rusa dan pengunjung bukan sahaja boleh memberi rusa-rusa ini makan, malah boleh dibelai kerana ia sudah jinak.

“Selain itu, kami juga amalkan konsep ‘edu-tourism’ di mana perkongsian ilmu mengenai rusa Timorensis ini turut dikongsikan kepada pengunjung,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.

Tambah beliau sambutan adalah sangat menggalakkan selama sembilan minggu beroperasi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda