Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lebih 600 Nelayan Terima ESHN

By 14 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zainudin Nurdin (Sabah)

BELURAN, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 600 nelayan di sini menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dalam Majlis Penyerahan ESHN Persatuan Nelayan Kawasan Beluran, semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata para nelayan merupakan komponen yang penting dalam kelangsungan bekalan makanan negara.

“Saya berharap lebih ramai nelayan akan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran agar mudah untuk memperoleh bantuan kerajaan seperti permohonan lesen perahu dan lesen perikanan,” katanya.

Pada majlis sama Ronald turut menyampaikan bantuan bangunan baharu PNK Beluran dengan peruntukan sebanyak RM528,000.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Hamdan Mamat, Pengarah LKIM Sabah Mohd Jamil Abdullah dan Pengerusi PNK Beluran Uting@Rahman Uting Pengiran Sulaiman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda