Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Hari Menderma Darah Sedunia HUS Hargai Penderma Berulang

By 15 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Pengarah Perubatan 1, Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr Hayati Ja’afar merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat HUS 2022 bertempat di Pusat Tabung Darah, di sini semalam.

Menurut Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah, Dr. Mohammad Masrin bahawa objektif program hari ini adalah untuk menghargai penderma darah berulang selain memberi kesedaran akan pentingnya menderma darah secara berterusan.

“70 orang penderma setiap hari diperlukan bagi memenuhi keperluan 70 beg darah untuk mengatasi kes kecemasan seperti ibu bersalin tumpah darah, mangsa kemalangan, kes pembedahan, talasemia, leukemia, kanser dan demam denggi,” kata Dr. Mohammad Masrin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda