Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bentong Juara Bola Jaring Karnival Sukan Orang Asli Negeri Pahang 2022

By 14 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fitri Halim Abdullah (Pahang)

BERA, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Daerah Bentong muncul juara dalam pertandingan bola jaring di Karnival Sukan Orang Asli Negeri Pahang 2022 menewaskan 11 pasukan lain yang bertanding.

Pasukan itu membawa pulang trofi pusingan dan hadiah wang tunai manakala daerah Bera dan Temerloh masing-masing naib juara dan tempat ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, masyarakat Orang Asli khususnya belia perlu menghidupkan aktiviti sukan di peringkat komuniti dan juga daerah.

“Aktiviti sukan bukan sahaja menjadikan badan sihat dan cergas, tetapi ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya yang merasmikan majlis penutup karnival itu, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda