Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hospital Rembau Kini Sediakan Perkhidmatan ORL

By 25 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Idea penubuhan perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) di Hospital Rembau menerusi ‘Bengkel Action Research’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan pada tahun 2018 kini telah berjaya direalisasikan.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada awalnya perkhidmatan ORL yang dirancang di Hospital Rembau hanya meliputi pembedahan tonsilektomi serta perbedahan kecil menggunakan bius setempat (Local Anaesthesia) tapi kini telah diperluaskan secara menyeluruh dan peralatan bagi pembedahan major juga boleh dijalankan.

Perkhidmatan ORL di Hospital Rembau bermula sejak tahun 2020 bukan sahaja meliputi klinikal (rawatan pesakit luar), ‘sleep study’ dan pembedahan malah ianya juga menawarkan perkhidmatan audiologi serta terapi pertuturan.

Menurut Ali Hamzah, 45, ketika ditemui di sini baru-baru ini berasa amat gembira dengan perkhidmatan baru di Hospital Rembau kerana ianya memudahkan penduduk mendapatkan rawatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda