Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Sampai ke Kemuncak

By 18 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dan Yang Amat Mulia, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, di sini malam tadi.

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran telah bermula pada 12 hingga 17 Jun 2022 melibatkan penyertaan seramai 110 peserta dari 14 negeri.

Pemenang bagi kategori qari johan dari negeri Perak, naib johan dari Pulau Pinang dan tempat ketiga dari negeri Melaka manakala bagi pemenang kategori Qariah pula, johan dari negeri Selangor, naib johan dari negeri Melaka dan tempat ketiga dari negeri Perak.

Untuk johan keseluruhan markah mengikut negeri bagi pertandingan tilawah dan hafazan dimenangi oleh Negeri Johor Darul Takzim.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan isteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad dan isteri serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda