Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Sistem Amaran Tsunami Kedua Dipasang di Negeri Perlis

By 19 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

ARAU, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengadakan Pengujian Siren Tsunami di Masjid Ammer Fawwaz, Sungai Baru Simpang Empat, di sini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Perlis , Shahrudi Saad berkata, siren yang dipasang ini adalah siren yang kedua yang di pasang di negeri Perlis dan merupakan teknologi paling terbaharu dengan lima pembesar suara yang tiangnya setinggi 16 meter.

“Siren Amaran Tsunami yang pertama telah di pasang di hadapan Hotel Putra Brasama , Kuala Perlis dan siren ini akan di uji dua kali setahun untuk melihat tahap keberkesanannya dan ia menggunakan kuasa bateri dan juga solar dan pemasangan siren ini telah siap pada 11 April lalu dan dapat didengari sehingga sejauh dua kilometer.

“Siren ini akan memberikan peringatan awal tsunami kepada penduduk selama 45 minit dengan menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris yang akan dibunyikan jika dikesan berlaku gempa,” ujar beliau lagi

Pihak MetMalaysia hanya akan membunyikan siren tersebut hanya selepas mendapat kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda