Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Masjid Berperanan Menggalakkan Kempen Pengumpulan Barang Kitar Semula

By 23 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah berjaya melaksanakan Program Amal Jariah Barangan Kitar Semula di Seluruh Masjid Negeri Perlis.

Pengerusi SWCorp Malaysia Datuk Rizalman Dato Mokhtar berkata melalui program ini masyarakat setempat dapat memberi sumbangan kepada institusi masjid dengan melaksanakan aktiviti pengumpulan dan penjualan barang kitar semula di masjid-masjid berdekatan dengan kariah.

“Sepanjang pelaksanaan program yang bermula dari Ogos 2021 sehingga kini, sebanyak 6.8 tan sisa kitar semula telah berjaya dikumpulkan oleh 22 buah masjid perintis,” ujarnya di Majlis Perasmian Program Amal Jariah Melalui Barangan Kitar Semula Di Seluruh Masjid Negeri Perlis dan Majlis Menandatangi Memorandum Persafahaman antara SWCorp dengan JAIPs, di sini

Masjid Al-Amin, Sempering berjaya menggumpul sebanyak 1,383.80 telah menerima Anugerah Kutipan Barangan Kitar Semula Tertinggi Tahun 2021 yang disampaikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda