Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Minggu PMKS 2022 Bantu Usahawan Bangkit

By 23 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Penganjuran Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2022 berjaya menyediakan peluang kepada  golongan usahawan yang terbabit untuk memulakan semula peniagaan secara bersemuka setelah terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata PMKS 2022 turut memberi peluang kepada usahawan mendapatkan nasihat dan maklumat  terkini mengenai aktiviti serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

“Mereka juga berpeluang untuk bangkit semula dan seterusnya meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka melalui penganjuran PMKS 2022,” katanya ketika merasmikan Minggu PMKS 2022 di KTCC Mall, di sini hari ini.

Minggu PMKS disertai pelbagai industri berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Jun 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertemakan ‘Mula Berdikit Azam Melangit’.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda