Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pelan Strategik 2015-2020 Sasar Kurangkan Prevalen Perokok

By 28 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhi Samuel/Pejabat Kesihatan Daerah (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau oleh World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) yang dibangunkan bermula tahun 2015 bertujuan memperkukuh pelaksanaan kawalan tembakau di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Mohd Akmal Kamarudin berkata Pelan Strategik 2015-2020 adalah pelan pertama dengan sasaran utama untuk mengurangkan prevalen perokok kepada 15 peratus menjelang tahun 2025 dan  kurang dari 5 peratus menjelang 2045.

“Bertemakan ‘Tembakau – Ancaman Kepada Alam Sekitar dan Generasi Masa Hadapan’, saya mengharapkan agar kesedaran orang ramai tentang ancaman keseluruhan kitaran tembakau terhadap alam termasuk penanaman, pengeluaran dan pengedarannya hingga ke sisa toksik yang dihasilkannya dapat ditingkatkan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau di Dewan Jubli Perak, di sini pada Sabtu.

Penerima anugerah berhenti merokok Mohd Rosni Abu Bakar, 65, berkata ancaman tembakau kepada generasi muda sememangnya memudaratkan diri sendiri.

“Saya juga antara perokok tegar satu ketika dahulu namun mula berhenti selepas terlibat dalam program berhenti merokok,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda