Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

SK Lohan Jadi Rujukan KAKUS 23 Buah Sekolah

By 23 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir (Sabah)

RANAU, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Lohan menjadi rujukan 23 buah sekolah lain di daerah itu dalam pelaksanaan Kempen Anti Kutu Sampah (KAKUS).

Guru Besar SK Lohan Kamrul Zaman Othman berkata KAKUS dilancarkan di sekolah itu pada tahun 2017 dan kini menjadi model sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

“SK Lohan menjadi model sekolah TS25 kerana keberhasilan melalui pemimpin berkesan, guru berkualiti, pembelajaran bermakna dan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat.

“Diharapkan melalui lawatan ini, program KAKUS dapat terus menerapkan budaya benci sampah bukan sahaja di peringkat sekolah, malah meliputi masyarakat seluruhnya,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Rabu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda