
Laporan/foto: Salwa/Husaini (Langkawi)
LANGKAWI, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Tanggal 24 haribulan Mac setiap Tahun adalah Hari Tibi Sedunia. ‘Invest to End TB. Save Lives’ adalah tema tahun ini yang membawa mesej kepentingan meningkatkan usaha dalam menamatkan penyakit tibi
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1 Dato Hj. Noor Azmi Ghazali tibi masih merupakan salah satu ancaman utama penyakit berjangkit di peringkat global walaupun sebenarnya penyakit tibi boleh dicegah dan dirawat.
“Di Malaysia terdapat penurunan kes sebanyak 8.1 peratus jika dibandingkan pada tahun 2021 dan 2020. Peringkat global pula penurunan kadar insiden tibi adalah 90 peratus dan jumlah kematian akibat tibi juga dijangka menurun sebanyak 95 peratus menjelang 2035,” katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Langkawi di Telaga Walk, Pantai Chenang, di sini baru-baru ini.
ANMS adalah pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang, dan seterusnya diperkenalkan kerajaaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai penggerak utama dan disertai secara langsung oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
-ZS-