Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kasih Asnaf ‘Zero Hunger’ Ringankan Beban Perbelanjaan Barangan Keperluan

By 11 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Program Kasih Asnaf ‘Zero Hunger’ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) nyata membantu meringankan beban perbelanjaan golongan asnaf untuk membeli barangan keperluan asas.

Menurut salah seorang penerimanya, Hashim Ghani, 81, inisiatif itu amat besar maknanya kerana bukan sahaja menerima bantuan bulanan sebanyak RM400 tetapi ditambah RM150 untuk membeli barangan keperluan asas.

“Saya terharu dan berterima kasih kepada MAIWP serta pembayar zakat atas segala bantuan yang kami terima selama ini, cara pembayaran tanpa tunai juga memudahkan orang yang berusia seperti saya.

“Saya bangga mempunyai kerajaan yang ada sekarang kerana begitu prihatin dengan golongan asnaf seperti kami,” luahnya semasa ditemui selepas berbelanja di salah sebuah pasaraya di sini pagi tadi.

Seorang lagi penerima bantuan ini Azaidi Alias, 38, turut memuji inisiatif yang benar-benar meringankan beban golongan asnaf sepertinya.

“Saya merasa gembira kerana bantuan ini dapat menampung perbelanjaan barang dapur serta keperluan anak-anak terutama jika saya meneghadapi kekangan duit perbelanjaan.

“Terima kasih pembayar zakat dan pihak MAIWP yang sentiasa membantu kami yang kurang berkemampuan,” katanya.

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, bantuan selama dua tahun yang bermula Jun 2022 itu disalurkan kepada semua penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

“RM150 sebulan dikreditkan ke akaun ‘eWallet Boost’ 4000 orang penerima di Labuan dengan peruntukan RM14.4 Juta,” menurut kenyataan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda