Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penubuhan Unit MyMudah Pertama di Kedah

By 12 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Unit MyMudah merupakan platform untuk rakan-rakan industri menyalurkan maklumat, cadangan dan pandangan berkaitan pematuhan peraturan perniagaan dan beban peraturan yang tidak wajar.

Satu persidangan Unit MyMudah Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di sini pagi tadi.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim Penubuhan Unit MyMudah telah ditubuhkan pada bulan Mac yang lalu melalui sesi libat urus dan taklimat berkaitan penubuhan Unit MyMudah oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan menjadi PBT pertama di Malaysia yang menubuhkan unit ini.

“Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif penubuhan unit MyMudah dan saya berharap semua PBT dan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk sama-sama menubuhkan unit tersebut,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah MPC.

-ZS-

Tinggalkan komen anda