Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tidak Sangka Joging Sampai ke Riuh Bah!

By 5 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin (Sabah)

KOTA KINABALU, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Pada awalnya, niat untuk bersenam, tidak sangka pula joging sampai ke Program Riuh Bah!, kata pengunjung, Izatul Mohd Iznan.

“Alang-alang sudah berjoging sembilan kilometer dari Kingfisher, teruslah singgah ke Sabah International Convention Centre (SICC).

“Semalam sempat ‘limpas’ SICC, nampak ramai orang di situ.

“Rupa-rupanya ada Riuh Bah! pula,” katanya yang masih berpakaian sukan ketika ditemui di sini, pagi tadi.

Beliau yang berumur 30 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak turut merasakan kemeriahan dan kehangatan suasana program Riuh Bah! Bersama Hotlink.

Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi MyCreative Ventures itu berlangsung selama tiga hari bermula 3 Jun dan berakhir pada hari ini.

https://malaysiaaktif.my/112042

Tinggalkan komen anda