Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelajar Politeknik Melaka Berganding Bahu Membersihkan Pantai

By 5 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

KLEBANG, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Politeknik Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Klebang dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengadakan program khidmat masyarakat Make It Clean@Pantai Klebang untuk membersihkan sampah sarap di sekitar Pantai Klebang.

Dianggarkan seramai 100 orang pelajar terdiri dari pelbagai aliran pelajaran serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang Lim Ban Hoong berharap program khidmat masyarakat ini dapat menyemai sikap menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar agar kelak mereka terus mempraktikkannya apabila berkhidmat dalam sektor awam atau swasta.

‘’Program ini selari dengan pembentangan bajet sebelum ini iaitu penekanan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mana selain daripada pembangunan ekonomi, kita juga mementingkan kelestarian penjagaan alam sekitar dan tadbir urus yang baik,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda