Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Tok Bali Diambang Pembangunan

By 10 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Muhammad/Hafizi Hassan (Kelantan)

PASIR PUTEH, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Nama Tok Bali di Jajahan Pasir Puteh yang sememangnya tidak asing bagi rakyat negeri Kelantan akan menerima arus pembangunan yang pesat.

Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Tok Bali kini diambang pembangunan dengan keterlibatannya secara langsung dalam Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

“Tok Bali bakal dibangunkan sebagai sebuah bandar baru yang berteraskan kepada ekonomi, perikanan dan pelancongan.

“Kerajaan negeri akan membangunkan pusat pentadbiran jabatan-jabatan kerjaan yang berkaitan dengan industri marin, keselamatan, kesihatan dan pendidikan di sini,” katanya semasa perasmian Dataran Bahtera Tok Bali, di sini semalam.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata Dataran Bahtera Tok Bali ini diilhamkan sebagai sebuah pusat rekreasi dan riadah kepada masyarakat setempat.

Turut hadir Ahli-Ahli Majlis Mesyuaratkerajaan Negeri Kelantan, ADUN Gaal, Semerak, Limbongan dan Ketua-ketua Jabatan Negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda