Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tok Batin Berperanan Penting Bangunkan Sosioekonomi Orang Asli

By 9 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aifaa Syafiq (Pahang)

KUANTAN, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pahang menghargai jasa dan sumbangan Tok Batin yang memainkan peranan besar bagi komuniti Orang Asli di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Tok Batin memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan sosio ekonomi masyarakat Orang Asli kerana mereka adalah individu yang sangat rapat dengan mereka.

Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan tunai ‘one-off’ berjumlah RM1000 seorang kepada 250 Tok Batin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaan Negeri, di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda