Laporan/foto: Nizwan Mohd Daini (Sabah)
KENINGAU, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Faizul Ramli, 32, dari Kampung Tagai Apin-Apin menjadikan ukiran kaligrafi khat sebagai sumber pendapatan.
Beliau yang pernah menetap lapan tahun di Sarawak melihat hasil karya seni halus itu berpotensi dibawa ke tempat kelahirannya di sini.
“Bahan yang digunakan adalah bergantung kepada reka bentuk kaligrafi yang ditempah sama ada menggunakan plaster, seramik atau yang biasa dipilih ialah material kayu kerana senang didapati di Keningau,” ujarnya ketika ditemui media di kediamannya, di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu Faizul yang turut mempunyai kemahiran seni halus dalam mencipta hasil kraf lain berkongsi bahawa tempahan yang banyak diterima adalah kaligrafi khat dan perhiasan rumah.
-ZS-