Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jalan Pahlawan Jalan Penuh Bersejarah di Labuan

By 4 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Ramai warga tempatan mungkin tidak mengetahui bahawa Jalan Pahlawan yang terletak bersebelahan Tanah Perkuburan Perang Dunia Kedua Labuan merupakan salah satu jalan raya tertua di pulau itu.

Menurut kajian oleh pihak Universiti Malaya dalam Buku Kajian Sejarah Labuan 1800-1984 dan penemuan peta lama di Sarawak Gazette, jalan itu wujud sejak tahun 1865 dan dikenali sebagai ‘Club Road’ pada ketika itu.

Menurutnya, jalan itu pernah menghubungkan jalan raya utama ke arah utara Pulau Labuan di mana terletaknya ‘Coal Point Road’ di kawasan perlombongan arang batu di Tanjung Kubong.

Selain itu, jalan itu juga terletak bersebelahan Taman Botanikal Labuan yang dulunya didirikan rumah-rumah kediaman Pegawai Tinggi British.

Kini jalan itu jarang dilalui kenderaan awam kerana penghujungnya merupakan kawasan landasan Lapangan Terbang Labuan dan tidak lagi dihubungkan dengan mana-mana jalan raya awam di sana.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda