Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

JaPen, Agensi Kerajaan dan Media Perlu Galakkan Rakyat Sertai Program Hari Kebangsaan

By 1 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/JaPen (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyeru agar program sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dihebahkan oleh pihak agensi-agensi kerajaan.

“Saya berharap program sambutan ini dapat dihebahkan oleh pihak media serta agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan (JaPen) bagi menggalakkan penyertaan menyeluruh dari rakyat, di samping membantu menerapkan penghayatan mereka terhadap tema sambutan.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini.

“Saya rasa ini penting kerana saya nak tengok lebih fizikal, lebih kertelihatan sambutan dilakukan oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang berbagai kaum.

“Kita juga akan menggerakkan unit-unit yang ada dalam rangkaian komuniti Keluarga Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain agar semuanya mengambil inisiatif untuk menggerakkan dan mengadakan sambutan peristiwa ini di peringkat akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam kenyataan memaklumkan tiga aktiviti utama akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Ia melibatkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.

Pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Turut hadir Ketua Setiausaha K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda