Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

KDYMM Raja Permaisuri Agong Rasmi Persidangan ke-13 ACWW Zon Asia Tengah dan Timur Jauh

By 6 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas Tegung Laka (Sarawak)

KUCHING, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (KDYMM) Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan merasmikan Majlis Persidangan kali ke-13 ACWW (Associated Country Women of the World) dengan tema “Diversity is our strength” bertempat di sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

“Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif dan bantuan kepada wanita Sarawak untuk membangunkan kapasiti, keupayaan dan kecekapan mereka,” kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam perutusan pra-rakaman beliau.

“Kerajaan turut menyokong penuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) golongan wanita yang berbakat dan tangkas dalam membantu mencapai matlamat pembangunan Sarawak,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda