Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tambuakar Raih Dua Emas, Satu Perak

By 19 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Mariam Aziz Rashid

TUARAN, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Tambuakar Muay Thai Club berjaya meraih dua pingat emas dan satu pingat perak dalam kejohanan SMD Muaythai Challenge sempena Hari Belia Negara 2022.

Ketua Jurulatih Tambuakar, Rozaimy Ahmad berkata pingat emas pertama diperoleh melalui Akmal Zaim Rosyidi bagi kategori 42-45 Kilogram Lelaki (12-13 Tahun) manakala pingat kedua menerusi Muhamad Danish Dasuki bagi kategori 34-37 Kilogram Lelaki (14-15 Tahun).

”Sementara itu, pingat perak dikutip menerusi Lola Arianna Mohd Fairuz bagi kategori perempuan 25 Kilogram bagi umur Sembilan hingga 11 Tahun.

“Kejayaan kelab juga lebih menyerlah apabila Danish turut dinobatkan sebagai Best Boxer Remaja Lelaku dalam kejohanan itu,” kongsinya ketika ditemui media selepas perlawanan di Arena Bola Keranjang, di sini pada Ahad.

Tambah beliau kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam perlawanan kali ini adalah bukti hasil kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli-ahli Tambuakar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda