Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Semangat Patriotik, Lahir Kecintaan Terhadap Negara

By 26 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi/Wan Izati Wan Mohammad Abedullah Hakim (Kuala Kangsar)

PADANG RENGAS, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Perasaan cinta terhadap negara hanya wujud jika semangat patriotisme dipupuk dalam diri rakyat Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubok Merbau Dr Jurij Jalaluddin berkata Bulan Kebangsaan disambut dengan meriah sebagai menghargai dan meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.

“Penganjuran program kemerdekaan antara inisiatif yang dapat menggelorakan lagi semangat patriotik seterusnya lahir kecintaan yang mendalam terhadap Malaysia.

“Justeru tanamlah dan pupuklah semangat ini dalam diri kita sebagai rakyat sebuah negara yang bebas dan merdeka,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kebangsaan Kali ke-65 Peringkat Mukim Kampung Buaia di Dewan Kegiatan Aktiviti Belia 4B, di sini pada Rabu.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda