Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Sik 2022

By 12 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusmila/Bashar (Sik)

SIK , 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Kedah Sejahtera telah memulakan siri pertamanya di Daerah Sik pada 11 hingga 12 Ogos 2022 bertempat di Masjid Al-Hidayah, Merbau Kudung.

Program anjuran Kerajaan Negeri Kedah ini bertujuan untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa serta memberi penerangan dalam konteks bersama mengatasi masalah kos sara hidup dalam pelbagai medium.

Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman menjelaskan objektif program ini ada untuk mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan produktif serta memperkenalkan dasar Kedah Sejahtera kepada masyarakat.

“Kerajaan Negeri amat berharap program seumpama ini dapat mengukuhkan kesedaran penghayatan Islam dan ukhwah islamiah serta pendidikan kepenggunaan dalam membantu mengatasi kos sara hidup rakyat,” ucap beliau dalam majlis perasmian penutup Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Sik mewakili Menteri Besar Kedah pagi ini.

Pelbagai agensi telah turut serta dalam siri jelajah selama dua hari ini antaranya FAMA, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), LPPKN, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda