Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Agong Berkenan Rasmikan NIH

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KKM

SHAH ALAM, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan mencemar duli merasmikan Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada 11 pagi diiring Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Harjeet Singh Hardev Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga KKM yang telah memberi perkhidmatan yang terbaik semasa memerangi pandemik COVID-19.

“Harap warga KKM dapat menerusksan khidmat lebih mesra kepada rakyat,” titah baginda.

Sementara itu, Khairy berkata KKM komited dalam menyediakan perkhidnatan kesihatan yang bermutu tinggi termasuklah memperkasa tahap dan kolaborasi penyelidikan dalam bidang kesihatan.

“NIH telah dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) untuk menambah baik pengoperasian dan melestarikan fungsi dan peranan institut-institut penyelidikan kesihatan KKM,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda